Thursday, 26 January 2012
resepi puding roti
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat-cepat.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat.
Ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar-agar nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment